iMuslim Life

104

سُورَةُ الهُمَزَةِSurah Al-Humaza: Teks Arab dan Terjemahan Melayu

The Traducer · 9 ayat · Makkiyah · Juzuk 30 · Muka surat 601

Dengar surah penuh · Maher Al-Muaiqly
Warna tajwid

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ ۝١

    Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

  2. ٱلَّذِى جَمَعَ مَالاً وَعَدَّدَهُۥ ۝٢

    Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

  3. يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخْلَدَهُۥ ۝٣

    Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

  4. كَلَّا‌ۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِى ٱلْحُطَمَةِ ۝٤

    Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam ""Al-Hutamah"".

  5. وَمَآ أَدْرَٮٰكَ مَا ٱلْحُطَمَةُ ۝٥

    Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia ""Al-Hutamah"" itu?

  6. نَارُ ٱللَّهِ ٱلْمُوقَدَةُ ۝٦

    (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

  7. ٱلَّتِى تَطَّلِعُ عَلَى ٱلْأَفْــِٔدَةِ ۝٧

    Yang naik menjulang ke hati;

  8. إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌ ۝٨

    Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

  9. فِى عَمَدٍ مُّمَدَّدَةِۭ ۝٩

    (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.

Baca perkataan demi perkataan dalam pembaca · Dapatkan aplikasi percuma Salat-e-Mustaqeem